Sunday, 29 December 2013

The Journey Of Life: ResQ Gunung Tahan.

http://blupitta.blogspot.com/

ResQ Gunung Tahan.


Menceritakan semula Serba Sedikit Perjalanan Kami (MountLife ResQ Team Taman Negara Kuala Tahan)Sepanjang Operasi Membawa Keluar Jenazah Sedara Kita Yang Telah Terkandas Di Kem Berlumut Selama 4 Hari Di Kawasan Taman Negara Merapuh.Alfatihah...


14 febuary 2013
-Kami di gemparkan dengan berita sedih,di mana seorang pendaki meninggal dunia akibat sesak nafas di kem belumut.Paras ketinggian Kem tersebut 1493 meter,Kuala Juram adalah starting point setiap pendaki yang ingin mendaki Gunung Tahan,Jarak antara Kuala Juram Ke Kem Berlumut ialah 21 Km,apa yang saya fikirkan pada masa itu,bagaimana ingin membawa keluar jenazah,sedangkan kawasan kem berlumut agak curam treknya dan tiada tempat untuk unit helikopter mendarat.Dan cuaca pada ketika itu memang teruk,hujan di tambah dengan kabus yang tebal.Di kabarkan semua pihak berwajib telah pun bergerak ke sana untuk memberikan bantuan,Jadi team ResQ kami hanya menunggu arahan dari pihak atasan.


15 febuary 2013
-Kami di beritahu oleh pihak atasan yang mana,jenazah tidak dapat di keluarkan atas faktor cuaca.Kami masih menunggu arahan untuk kesana.Memandangkan sudah terlalu ramai agensi2 yang berkaitan berada di kaki Gunung tersebut untuk menghulurkan bantuan,kami di minta untuk standy dulu.Di kawasan atas Gunung Tahan,cuaca memang tidak sama sekali dengan keadaan kita di bawah,kebanyakkan pendaki memang akan mental apabila berhadapan dengan cuaca buruk sebegini,Panas,hujan dan angin memang tidak dapat di pisahkan apabila anda mendaki Gunung tersebut.

16 febuary 2013
-Jenazah masih berada di kawasan Kem Berlumut,kami mendapat info unit helikopter tidak dapat mengesan lokasi Kem Berlumut itu atas faktor cuaca.kami perhatikan keadaan di bawah agak mendung dan pastinya tiada tanda2 di mana cuaca di kawasan tersebut pulih seperti biasa.Buat setakat ini hanya doa yang mampu kami hulurkan kepada jenazah dan semua yang terlibat di sana.

17 febuary 2013
-05:15pm Arahan di terima dari pihak atasan untuk kami ke sana.Team kami bergerak dari Kuala Tahan pada pukul 06:30 pm,menaiki van Perhilitan terus ke Sungai Relau (Pejabat Perhilitan Sungai Relau,Merapuh).Kami tiba di Sungai Relau pada pukul 11:37pm.Kami menunggu arahan seterusnya dari pihak sana.Atas nasihat beberapa orang di sana,kami tidak di benarkan untuk naik pada malam itu,atas faktor keselamatan.saya terus memanggil semua team saya untuk memberitahu dan berbincang.selepas berbincang kami dengan kata sepakat berkeras untuk naik pada malam itu juga kerana jenazah telah pun 3 hari berada di sana.Di beritahu team yang telah berkampung di Kem Berlumut ada masalah,Makanan sudah berkurangan dan Batery Walkie Talkie hampir habis.Alasan itu menguatkan lagi alasan team kami untuk naik pada malam itu.Akhirnya kami di benarkan untuk naik pada malam itu juga.12:30am team kami selesai packing barang2 yang perlu di bawa,dan terus menaiki 4x4 ke Kuala Juram. 



MountLife ResQ Team Taman Negara Kuala Tahan





Tepat jam 01:07am kami memulakan perjalanan dari kuala Juram ke tempat target pertaman kami iaitu kem Kor,hujan renyai-renyai,keadaan trek yang basah dan juga menyeberangi beberapa sungai pada masa itu melambatkan perjalanan kami.Bertemankan headlight seorang satu akhirnya kami tiba di kem kor pada jam 03:23am.Kami berhenti seketika untuk rehat dan perkena air panas memandangkan masing2 dah mengantuk dan menggigil kesejukkan.
Setelah merehatkan diri dan perkena air panas,03:26am kami meneruskan perjalanan kami ke target ke dua kami iaitu kem Permatang.Dari Kem Kor ke Kem Permatang bentuk muka bumi sudah berbeza,trek kebanyakkannya mendaki,keadaan sejuk di tambah dengan hujan dan masing2 menguap tanda mengantuk,tetapi perjalanan mesti di teruskan walaupun saya tahu masing2 kepenatan dan mengantuk.kami berhenti di kawasan2 tertentu untuk rehatkan badan.sebelum siang,kita kena sampai ke kem berlumut arah saya kepada sahabat2 yang lain.


mario sedang menadah air untuk di minum


04:41am kami tiba di kem permatang.Disini kami hanya berehat sekejap sahaja memandangkan keadaan terlalu sejuk.kami meneruskan perjalanan ke kem seterusnya iaitu kem kubang.

                     keadaan sekarang ni,kalau di sorong bantal memang tak bangun dah rasanya.



06:07am kami tiba di kem kubang untuk rehat dan pekena air panas.

setiba kami di kem kubang kami dapati ada khemah di pasang di tepi trek,dan peralatan memasak berteraburan di luar.lalu kami hampiri khemah tersebut untuk melihat.ternyata ada 2 orang peserta dari kumpulan yang mendaki bersama arwah bermalam di situ.Kami terus kejutkan mereka bertanyakan situasi pada masa itu.Setelah selesai minum 2 peserta itu menghulurkan sedikit makanan dan nasi yang telah di masak untuk di bawa naik ke kem berlumut untuk di berikan kepada kawan2 mereka yang berada di sana.   


06:54am akhirnya kami tiba di kem berlumut.sesampai kami di situ,2,3 orang staff dari Jabatan Perhilitan telah pun bangun.Terkejut mereka dengan kehadiran kami pada masa itu.Tanpa membuang masa kami terus mengeluarkan makanan dan Batery Walkie Talkie untuk di serahkan kepada staff Perhilitan.Sementara menunggu arahan seterusnya,kami ambil breakfast yang telah di sediakan oleh staff Perhilitan dan juga Guide dari merapuh.

  Staff Perhilitan Dan Guide Dari Merapuh   

Selesai Breakfast arahan diterima untuk clear kawasan bagi memudahkan unit udara turun mengambil jenazah.Alhamdulliah keadaan cuaca pada masa itu agak baik.Tanpa membuang masa semua yang berada di sana bergotong-royong untuk clear kawasan sebelum pasukan udara tiba.






Nama beliau sabri,guide dari merapuh,sahabat karib kami,dan beliau la pemandu arah yang membawa group ini.

Setelah selesai clear kawasan,kami semua merehatkan diri sementara menunggu unit udara tiba,memandangkan semuanya dah kepenatan,ada antaranya terlelap.Tetapi yang membimbangkan kami ialah,cuaca kembali teruk.kabus meliputi setiap kawasan.kami khuatir helikopter tidak dapat mengesan lokasi kami.Hanya doa yang mampu kami buat supaya semuanya di permudahkan.




Setelah menunggu lebih kurang 2 jam,akhirnya kedengaran bunyi helikopter menghampiri kawasan kem berlumut.masing2 bergegas hidupkan api dan merentangkan flysheet bagi memudahkan unit udara mengesan kami dari atas.




Tiba-tiba kedengaran helikopter tersasar jauh dari lokasi kami,nasib baik ada alat perhubungan walkie talkie,seorang starf Perhilitan terus contact unit udara menyatakan yang mereka telah tersasar jauh.Bukan mudah pada masa itu kerana cuaca sangat teruk.Mereka di minta untuk membuat pusingan besar bagi memudahkan kami memberitahu lokasi kami berada,Keadaan masa tu seperti cikgu driving lisense mengajar anak murid.GPS tidak dapat berfungsi dengan baik di kawasan itu.mungkin di sebabkan cuaca,kami pun tak pasti.Sementara itu kami mengusung jenazah ke tapak yang telah di sediakan.

Jenazah diusung ke tempat yang telah di sediakan

 Setelah berkomunikasi hampir setengah jam akhirnya lokasi kami di kesan.





Jenazah selamat di naikkan pada jam 10:55am


Alhamdulliah segalanya berjalan lancar dengan izin allah.semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini.

Tidak dapat di gambarkan perasaan masing2 pada ketika ini setelah berhempas pulas selama 4 hari di Kem Berlumut.



11:39am team kami bertolak balik ke Kuala Juram .

01:05pm tiba di Kem Kor untuk lunch.

Jam 03:10pm kami tiba di Sungai Relau.mandi dan mengemas barang2 untuk pulang ke Taman Negara Kuala Tahan.Alhamdulliah misi selesai,Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.Jika cerita saya dan gambar2 yang di paparkan di blog saya ini ada yang menguris mana2 pihak tertentu mohon kemaafan dari saya.






By:MountLife ResQ Team Taman Negara Kuala Tahan